04 October 2020

USTAZ EBIT LEW SEWA BAS HANTAR PELAJAR TERKANDAS PULANG & ZIARAH M DAUD KILAU



Susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara, ramai pelajar yang terkandas.

Isu itu turut menjadi trending di Twitter apabila ramai rakyat Malaysia berganding bahu membantu membantu pelajar yang tidak bernasib baik dengan menawarkan bantuan tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menyuarakan hasrat untuk membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas.

Menerusi perkongsian di Facebook dan Instagram, Ustaz Ebit meminta mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut serta meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang pendakwah yang sangat murah hatinya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan usahanya itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh para pelajar yang terkandas kerana mempunyai masalah kewangan.

Sementara itu dalam status lain di Instagram, Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.


Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu 'Cek Mek Molek' itu sedang uzur namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

"Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu.

"Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz," ceritanya.


Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau. Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

"Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia.

"Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah. Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara," katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang uzur dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya. Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengidap beberapa jenis penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: