08 December 2020

DIKATA PELUK AGAMA ISLAM SEBAB MAHU RAIH POPULARITI, GLAMOR - INI RESPON MICHAEL ANG



Pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya dilihat tersinggung dengan tindakan sebuah akaun Facebook yang menggunakan gambar bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Noraniza Idris dengan menulis kenyataan berbaur rasis baru-baru ini.

Pemilik akaun Akar Kita Zapin meluahkan hasrat untuk bersemuka dengan Micheal yang sebelum itu lantang bersuara mengkritik persembahan Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani sepanjang GV7 terutamanya ketika konsert separuh akhir Ahad lalu.

"Michael Ang... Ada hajat besar aku nak berdepan dengan dia lepas GV ni, tunggu lepas GV tamat minggu depan. Aku tak sabar nak confront dengan mualaf ni," tulis pengendali akaun itu.

Michael terdahulu menciap beberapa Tweet yang tidak berpuas hati dengan kualiti persembahan dan menyifatkan nyanyian Kak Ani 'membunuh' lagu Hindustan.

Klik untuk gambar besar



"OMG my favourite Hindustan songs dibunuh dengan kejam oleh Noraniza! Kenapalah nak pergi nyanyi Hindustan! Pertama kali dengar lagu Hindustan dengan suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring," tulisnya.

Susulan kenyataan Facebook terbabit termasuk ada pengguna lain yang menganggap Michael memeluk Islam untuk populariti dan glamor, jawab pengarah drama 'Perempuan Tanpa Dosa' itu perihal mualaf adalah isu sensitif.

"Tak tahu la akaun apa ni. Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima aje sebab I sendiri yang gatal nak direct dan produce dan bagi you all tengok! So to me you all ada hal nak cakap apa apa pun pasal drama I! I terima semua!

"Tapi benda pasal I mualaf ni, hish hish nampak sangat kebodohan you, satu Malaysia tahu bila I memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, I yang nak sembunyikan! Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun you all takkan tahu I dah beragama Islam! So I memeluk agama Islam untuk popular?



"Kepada penulis dan pemilik akaun, posting ni orang yang beragama Islam macam kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan Islam! Jadi fikir-fikirkanlah apa yang you dah cakap dan tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of you, love you and stay safe! Oh yes lupa nak cakap aku maafkan kau!" katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan Twitter peribadi Michael, pesannya agar artis yang masuk bertanding perlu memperkuatkan mental untuk dikritik.

"Kalau nak masuk reality show dan tak sanggup kena komen jangan masuk. Dah nak masuk sangat terima sajalah kritikan. Orang kata drama aku sampah pun aku terima je. Apa nak ugut-ugut kalau GV tu boleh ada penonton sah-sah aku ada kat sana dan I will tweet the same thing," tambahnya.

Sementara itu, entri Michael mendapat perhatian rakan selebriti yang turut kesal dengan perbuatan dan tulisan terbabit: "Allah.. Islam is all about peace but what is this? Anyways kita abaikan la racist macam ni, memalukan betul," kata Hun Haqeem. - "Racism has no place in Islam. Don’t pay them any attention Mike," kata Alif Satar.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram / Twiteer Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: