31 December 2020

HUBUNGAN DENGAN RAJA SYAHIRAN - IBU UYAINA ARSHAD BERI LAMPU HIJAU



Semua sedia maklum mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dengan penyanyi Raja Syahiran. Ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah mengakui kekasih anaknya itu memiliki kriteria sebagai menantu pilihan.

Perkara itu dikongsikan ketika Siti Noor Farah, abang Uyaina iaitu Mohd Azameer Uzreem dan Raja Syahiran membuat kejutan hadir pada program MeleTOP, kelmarin.

Jawapan ibu Uyaina itu selepas pengacara Nabil Ahmad bertanyakan adakah Raja Syahiran memiliki ciri-ciri menantu pilihan yang dicari.

Siti Noor Farah berkata, Raja Syahiran memiliki banyak kriteria untuk menjadi menantu dan suami kepada anaknya: "Kriteria menantu banyak. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah ia rezeki," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam temubual itu juga, Uyaina turut bertanya kepada abangnya sama ada Raja Syahiran 'lepas' menjadi calon suaminya: "Kalau umi lepas, abang yang nombor dua tu lepas atau tidak?" soal Uyaina.

Jawapan ringkas diberikan abang Uyaina iaitu lepas sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda okay dan bersetuju.

Sebelumnya, Raja Syahiran membuat kejutan apabila muncul sebagai penghantar makanan Foodpanda dengan menyerahkan sejambak bunga kepada Uyaina sebelum menjemput masuk ibu dan abangnya. Raja Syahiran berkata, kejutan dibuat lebih kepada untuk menunjukkan keakraban dalam keluarga.

"Saya dapat bantuan daripada pihak produksi. Kita buat ini bukan lebih kepada kejutan, tapi nak tunjuk keakraban dan segalanya mengenai keluarga. Sebab sekarang ini semua sedang 'struggle' kerana Covid-19. Jadi, nak bawa balik asas kekuatan kita adalah keluarga," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Uyaina Arshad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: