24 December 2020

ISU FESYEN 'PELIK' - AINA ABDUL MAHU PERHATIAN & DIKENALI, LADY GAGA SEBAGAI IDOLA



Umum mengetahui penyanyi Aina Abdul sering tampil dengan imej pelik dan unik dalam setiap persembahan dan video muziknya. Gaya fesyen Aina itu pasti akan menerima kritikan dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan sesetengah netizen.

Namun begitu, bagi Aina, dia memang sengaja memilih fesyen pelik atau eksentrik kerana ingin tampil dengan lebih faktor penarik dalam kariernya. Ujarnya lagi, ketika dia mula-mula memasuki dunia hiburan, dia kurang mendapat perhatian jika berketerampilan seperti biasa.

"Jadi saya fikirkan bagaiman caranya untuk lebih diberi perhatian. Saya lihat Lady Gaga, penampilan eksentriknya selalu membuat orang sedar mengenai kewujudannya. Jadi saya ciptakan penampilan seumpama itu yang bersesuaian dengan tema dan lagu yang dinyanyikan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, Aina menolak dakwaan bahawa dia ingin mencari publisiti murahan dengan berpakaian lain daripada yang lain namun hanya mengharapkan kelainan dan keunikan dalam sesuatu persembahan untuk tatapan peminat.

Jauh sekali berkecil hati, Aina memberitahu bahawa dia tidak pernah mengambil kisah mengenai kata-kata tidak baik yang dilemparkan netizen dan hanya menganggapnya seperti angin lalu.

"Saya baca dan mana yang baik atau positif saya ambil..," kata penyanyi lagu 'Semalam' itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aina Abdul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: