04 February 2021

"BUKAN SIKIT... RATUSAN RIBU RINGGIT" - DIDIE DAKWA RAKAN KONGSI 'SONGLAP' DUIT SYARIKAT



Didie Alias difahamkan bukan sahaja merupakan seorang pelakon, malah dia juga ada membuka sebuah syarikat bersama rakan kongsinya. Namun baru-baru ini, syarikatnya telah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

Kerugian yang dialami syarikat itu didakwa dilesapkan oleh rakan kongsinya sendiri. Ujar Didie, dia memberi tempoh selama tiga bulan kepada individu berkenaan untuk tampil memberi penjelasan namun peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

"Jangan kau pecah amanah! Saya berdiam diri selama tiga bulan dan bagi dia masa untuk buktikan yang dia berada di pihak yang benar namun individu itu tak pernah datang... tapi tak apa, kita ada undang-undang.

"Saya dah buat laporan di balai polis dan sekarang dia sedang disiasat. Kerugian yang saya alami bukan sikit, kalau setakat seratus dua mungkin wartawan tak nak tahu fasal ini. Tapi ini melibatkan ratusan ribu ringgit dan itu adalah duit orang, bukan duit saya!" ujarnya.

Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: