25 February 2021

INI BALAS 'WIN' MILA BILA DIKOMEN MAKAN TANGAN KIRI



Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu rakaman video ketika dirinya sedang menikmati Nasi Arab di laman Instagram. 

Namun begitu, Mila telah menerima satu komen negatif daripada netizen berhubung video berkenaan apabila individu berkenaan menempelaknya dengan mengatakan Mila bersikap kurang sopan kerana telah mengunakan tangan kiri ketika makan.

"Kalau yea pon sedap.. makan lah pakai tangan kanan.. Apa pon saya ucapkan selamat maju jaya..," tulis individu tersebut kepada Mila atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin ini.

Klik untuk gambar besar

Mila kemudiannya telah memberi respon terhadap komen yang ditulis oleh individu berkenaan dengan menjelaskan perkara tersebut berlaku oleh kerana dirinya mengunakan kamera hadapan di telefon pintarnya. 

Maka dari itu, kata penyanyi lagu 'Persis Mutiara' ini, imej yang dirakam memperlihatkan dirinya sedang makan mengunakan tangan kiri.

"Takkan lah saya nak hilang akal nak guna tangan kiri... camera kan mirror image... Cuba tuan makan ambik video lepastu tengok tangan kiri ke kan??" balas Mila yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian kerana beri fokus terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mila Jirin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: