27 February 2021

UMUM ISTERI KINI HAMIL 4 BULAN - ISSEY MAHU 'BABY GIRL' KALI INI



"Memang kami ambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul-betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan. Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.

"Kalau boleh kali ini saya nak baby girl, supaya Humairah (anak hasil perkahwinan pertama isteri Issey) ada kawan nak bermain bersama," demikian kata penyampai radio Suria FM, Issey yang mengesahkan isterinya, Noor Aimi Jamel kini hamil cahaya mata sulung mereka dan usia kandungan sudah memasuki bulan keempat.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata dia sengaja 'merahsiakan' perkara itu kepada umum hingga waktu yang sesuai. Issey turut berkongsikan berita gembira itu dengan memuat naik video di laman YouTube.

Klik untuk gambar besar



Bercerita lebih lanjut mengenai persiapan bersalin isteri, Issey berkata pada mulanya mereka merancang untuk pulang ke kampung halaman Aimi, 34, di Kelantan namun disebabkan terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hasrat itu terpaksa dilupakan.

"Kalau boleh nak pulang ke Kelantan supaya Aimi bersalin di sana... ada keluarga mertua boleh tengok-tengokkan. Tapi disebabkan kita masih lagi dalam tempoh PKP, mungkin Aimi akan bersalin di sini sahaja. InsyaAllah, mungkin mak mertua saya akan datang duduk dengan kami di sini untuk jaga Aimi masa pantang nanti," ujar Issey.

Untuk makluman, Issey yang diijabkabulkan dengan Aimi pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga, Muhammad Uqashah, 10, Muhammad Qayyum, 9, dan Cataleya Humairah, 6 tahun, hasil perkongsian hidup dengan arwah suami.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Issey Fazlisham

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: