18 March 2021

BENARKAH NOOR NABILA & ENGKU EMRAN NIKAH ESOK?



Sebelum ini, timbul spekulasi kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Engku Emran, sehingga ia hangat diperkatakan.

Terkini, timbul pula desas-desus diperkatakan netizen mendakwa Nabila dan Engku Emran bakal bernikah esok. Bagaimanapun menerusi Berita Harian, Nabila tidak mahu memberi sebarang jawapan mengenai dakwaan tersebut dan meminta semua pihak memahami.

"Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih," katanya.

Sahabat baik Nabila, Rosix Omar ketika dihubungi juga mendakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu: "Maaf, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jadi, tiada sebarang komen daripada saya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Semakan di laman Instagram (IG) Nabila mendapati, usahawan dan penerbit itu tidak memuatkan apa-apa persediaan mahupun bayangan mengadakan majlis pernikahan, esok.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami primadona Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Malah, minggu lalu menerusi Instagram, Engku Emran dilihat ada memuat naik foto menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya.



Untuk makluman, Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira. Hasil perkahwinan tersebut, Engku Emran dan Erra dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.







www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro, Instagram Noor Nabila & Engku Emran

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: