08 March 2021

"BUKAN AIZAT TAPI EYE-ZAC... " - ZAHIRAH AJAR NETIZEN SEBUT 'ISAAC RAEES' CARA BETUL



"Saya sentiasa sukakan nama Isaac. Nama itu termasuk dalam senarai lima nama yang saya simpan dalam telefon. Ibu saya pun suka dan apabila saya cadangkan kepada Aiman, dia pun sukakannya.

"Jadi, sejak kandungan saya sudah mencecah empat, lima bulan... kami sudah mula memanggil bayi kami dengan nama Isaac. Raees juga merupakan nama dalam senarai saya.

"Saya suka ejaan yang unik. Saya mahu sesuatu dengan makna islamik tapi pada masa yang sama rare (jarang orang guna). Isaac Raees sempurna untuk kami. Perfect for lil dimples," demikianlah kata pelakon Zahirah MacWilson menerusi Instagram Stories miliknya.

Selepas berkongsi wajah putera sulung iaitu Isaac Raees, Zahirah telah menerima banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan nama anaknya yang betul.

Klik untuk gambar besar



Zahirah berkata gabungan Isaac dan Raees merupakan antara lima nama dalam senarai yang disimpan dalam telefon malah ibu serta suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza turut menyukai pemilihan itu.

Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, pemilihan nama itu juga disebabkan keunikan ejaan dan dia juga mahukan sesuatu dengan makna islamik yang jarang digunakan.

Genap usia dua bulan pada Jumaat lalu, Zahirah dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza akhirnya berkongsikan nama dan wajah permata hati mereka menerusi laman Instagram masing-masing buat tatapan umum.

Serentak dengan itu juga, pasangan ini turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 80,000 pengikut.



Dalam pada itu, pelakon filem 'Bulan & Pria Terhebat' ini juga mengajar cara sebutan Isaac bukanlah dengan menyebut nama Aizat namun ia gabungan 'eye' dan 'Zac' yang berbunyi seperti actor Hollywood, Zac Efron.

Manakala untuk Raees pula, anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini memberitahu nama tersebut juga boleh ditulis dengan ejaan berbeza seperti Rais.

"Aiyo! Ia (sebutan) tidak la terlalu sukar. Tiada huruf T.. jadi bukan 'Aizat'. Isaac: 'Eye-Zac'. Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi 'Zeck'. Rais itu betul... cuma ejaan Raees yang berbeza," jelas Zahirah.

Pada 5 Januari lalu, Zahirah dan Aiman selamat menimang anak sulung mereka yang selamat dilahirkan di Perth, Australia. Pasangan yang kini berada di Perth sejak Oktober tahun lalu mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza & Isaac Raees

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: