"Alhamdulillah saya dah selamat bertunang dan majlis berjalan lancar. Kami bagaimanapun belum berbincang lagi bila tarikh bakal disatukan tapi kemungkinan besar akan diadakan pada tahun ini juga.
"Orang kata buat perkara baik lebih cepat lagi bagus... Bila dah ready semua, kami akan terus langsungkan. InsyaAllah doakan yang baik-baik," demikianlah kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Cute (Stop Lah Being So Cute)' iaitu Harith Zazman.
Genap setahun perkenalan di Instagram, Harith kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Nuramalina Ghakaskhah dalam satu majlis yang diadakan di Serendah, Hulu Selangor pada pagi Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Harith atau nama sebenarnya, Mohamad Harith Saifulzazman, 27, bersyukur majlis berlangsung dengan lancar seperti yang direncanakan. Pasangan itu walau bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun ia mungkin akan diadakan dalam tahun ini juga.
Menceritakan perkenalan mereka, Harith mengakui dia mengenali tunangnya yang mesra disapa sebagai Lee, 29, menerusi laman Instagram pada Mac tahun lalu.
"Kalau nak tahu, sebenarnya saya dah lama crush dengan dia dan saya beranikan diri tegur dia dulu di Instagram. Dari situ kami mula kenal hati budi masing-masing," ujarnya.
Harith berkata, wanita itu juga menjadi inspirasi untuk dia berkarya dan menghasilkan lagu. Malah, Amalina merupakan model dalam dua buah lagu nyanyiannya 'Cute' dan 'Tak Tahu'.
Sementara itu, dalam perkembangan seni, Harith berkata dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharu yang menceritakan mengenai kisah cinta mereka.
"Lagu 'Cute' yang saya nyanyi itu pun saya memang buat khas untuk dia, sebab itulah dia jadi model muzik video lagu tersebut. Sekarang saya dalam proses untuk siapkan single terbaharu yang berkisarkan kisah cinta kami dan kemungkinan besar ia akan dipersembahkan pada majlis persandingan kami nanti," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Harith Zazman & Nuramalina Ghakaskhah
________________________
No comments:
Post a Comment