15 March 2021

KOMEN NABILA BAZIR PELUANG KEDUA - HAFIZ HAMIDUN MOHON MAAF



Persembahan penyanyi Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' itu sehingga kini hangat diperkatakan di laman Twitter.

Selain komen daripada netizen, komen daripada penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengenai persembahan Nabila itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila mengundang kecaman netizen.

Ciapan Hafiz berbunyi 'Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika ia dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan'.

Netizen berkata sepatutnya para artis memberi sokongan terutama kepada rakan seperjuangan dan menyifatkan tindakan Hafiz itu memalukan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, rata-rata netizen berkata itu hanya pendapat daripadanya kerana sesama artis juga berhak memberikan komen. Namun, netizen berkata tidak salah untuk memberikan komen namun cara Hafiz itu dikatakan tidak profesional.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan industri memerlukan kritikan seperti ini untuk lebih maju kehadapan jika tidak industri muzik Malaysia akan berada di takuk yang sama.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mengkritik tetapi mungkin boleh berikan komen positif dan membina. Bagaimanapun, difahamkan perkongsian itu telah pun dipadam oleh Hafiz.



Enggan isu tersebut terus dipanjangkan, Hafiz telah tampil memohon maaf atas kenyataannya terhadap Nabila dengan mengulang bait lirik lagu 'Peluang Kedua' di Twitter, semalam.

"Maaf, andai kau terluka, maaf ku tak sengaja tanpa sedar, sakitimu, sesal ku."

Hafiz, 37, ketika dihubungi berkata, ciapan itu tidak bermaksud untuk menghina dan mengecam malah jauh sekali bersifat serangan peribadi.



"Apabila ciapan itu 'trending' saya sudah macam sebahagian dari AJL35. Ciapan itu adalah kiasan, saya tak kutuk pun. Kalau nak tahu saya peminat lagu itu. Saya juga kenal Nabila dan pengurusnya dan saya harapkan yang terbaik untuk lagu dan persembahan semalam.

"Saya tak ada serangan peribadi. Malah, ciapan itu secara umumnya rugilah, peluang ada, tapi tidak digunakan. Tapi saya puji sebab dia teruskan persembahan. Tentu saya harapkan dia buat persembahan terbaik dan lagu itu menang.

"Saya bukan kecam. Saya pilih bahasa kiasan. Tapi, jika ada yang terasa dengan ciapan itu, saya minta maaf. Mungkin kita berbeza pandangan, tapi tak perlulah kutuk saya. Ciapan saya pun bukan bernada mengeji," jelasnya.

Bagaimanapun, Hafiz mengambil pendekatan memadam ciapan itu: "Saya padam sebab tengok ada yang ke arah lain dan sudah menjadi negatif sangat.Saya tak cakap pasal nyanyian pun, tapi apabila ada pihak lain yang memuat naik semula ciapan itu, terpulang lah. Nak buat macam mana," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hafiz Hamidun

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: