10 April 2021

PERKAHWINAN KEDUA SERINA - CHEF WAN DAKWA TAK TAHU, KECEWA DAH NIKAH LAMA DI THAILAND



"My sister just sent me this photo. "Anak kau dah kawin kau tak tahu?" Dia umum kan lagi di dalam IG. I was shocked. Last 2 week she insisted nak nikah juga sebelum puasa. She said "Rina dah nikah di Siam pun Pa!"

"My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Malaysia aja. Terus saya tak pun jawab apa yang she said," itulah kata-kata Cef selebriti terkenal, Chef Wan yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina Redzuawan daripada kakaknya, hari ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, Serina memang ada beritahu mahu melangsungkan pernikahan sebelum Ramadan, namun rupa-rupanya dia sudah bernikah di Thailand.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia mendapat gambar itu daripada kakaknya yang bertanya sama ada dia tahu atau tidak Serina sudah berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Seolah kecewa dengan tindakan anaknya itu, Chef Wan berkata dia sudah enggan ambil peduli tentang keputusan anaknya itu, namun mendoakan yang terbaik untuk Serina dan suami barunya kerana menganggap kedua-duanya sudah dewasa untuk bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.

"Dulu pun dia memalu kan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu. With this behind my back after all my adviced I am not surprise As a father offcourse what both of them have done is most disappointing.

"Saya tak melarang pun dia nikah. Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont you think bagus budi bahasa anak jenis begini? And now this?



"Rina.... Rina suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggungjawab dengan apa yang kau orang lakukan ini semua especially behind my back.

"As much as u have hurt me I will still swollow aja. Baik apa pun I wished u both a happy marriage. At this point I am sure any parent would share the same feeling that I am feeling now.😭😭 Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah," ujar Chef Wan lagi.

Difahamkan, Serina sudah bernikah dengan seorang pegawai polis di Padang Besar, Thailand di antara Disember tahun lalu dan Januari lalu.



Sementara itu, usaha media menghubungi Serina bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini, Serina telah berkongsi berita pernikahan keduanya dengan jejaka pilihan dikenali sebagai Aidid menerusi laman Instagram hari ini. Kata Serina, dia dan suami hanya ingin mendahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu.

Dalam status tersebut, Serina yang mempunyai sepasang cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatnya. Selain itu, Serina turut berterima kasih kepada bapanya kerana merestui perkahwinan mereka.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Chef Wan & Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: