06 June 2021

DEMAM PANAS KETIKA BERSALIN - UMMI NAZEERA SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA



"Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat. Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat.

"Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya," demikian tulis pelakon Ummi Nazeera yang memaklumkan dirinya telah pun selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu.

Ummi berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, pelakon ini memberitahu bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ummi turut meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar dan keadaan mereka dalam baik-baik sahaja meskipun dia mengalami demam panas ketika bersalin.

Untuk makluman, Ummi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada September 2018 diberi nama Ayra Aneesah kini berusia tiga tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: