22 June 2021

TAMPIL 'FREEHAIR', KAK GIRL TAK KISAH CAKAP ORANG: "SAYA SEDANG JADI DIRI SENDIRI, THE REAL ME"



"Ada certain things yang kita rasa kita boleh handle, tapi sebenarnya tak. Ada certain things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. Kadang2 kita terlalu menjaga hati orang tanpa pikir diri sendiri. Kadang2 kita terpaksa ikut kehendak orang, walau kita ada kehendak sendiri.

"Bertahun lamanya kita cuba jadi yang terbaik. The best version of me orang kata. Ya,saya ikut. Ya, saya okay, Ya saya boleh. Ya, saya dengar. Dok dengar je apa yang orang nak kita buat. Tapi still, takde yang benar2 menghargai. Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri.

"Maaf mungkin ramai yg akan kurang selesa. Tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. The real me. The one who lost for lots of years, mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. I didn't make myself as a priority before, and now its killing me.

Klik untuk gambar besar



"Tak kira lah apa orang nak kata. I need space for myself, really and I dont owe anybody an explanations. Saya berada dalam keadaan yang saya rasa I had enough and biarlah saya rawat kecewa ini sendiri.

"Maafkan saya dan doakan saya kalau sudi. Terima kasih. saya still orang yang sama. cuma mungkin kali ni kelihatan sisi yang berbeza," demikianlah tulis personaliti media sosial dan pelakon Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan mengenai imej terkininya yang kini sudah tidak lagi bertudung.

"People always remember my mistakes, but no one remembers the good things I've done. Maafkan saya. Doakan saya," katanya lagi dalam satu entri yang lain menerusi laman Instagram.



Kak Girl memuat naik beberapa foto dan video dirinya tampil tidak bertudung. Dalam pada itu, bekas penyampai radio itu memohon maaf jika penampilannya kini berbeza dan meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Ruangan komen pada entri terbabit telah ditutup. Bukan itu sahaja, malah foto-foto bersama suami, Osman Ali juga telah dipadam, termasuklah sewaktu majlis perkahwinan.

Untuk makluman, Kak Girl diijabkabulkan dengan Osman pada 11 November 2020 bertempat di Pejabat Agama Kadir, Johor Bahru. Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru. Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: