15 June 2021

SUDAH KENAL PASTI LOKASI PERSEMBUNYIAN - POLIS BURU SAJAT, KES TIPU MAKLUMAT IC



"Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan," itulah kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang enggan mendedahkan lokasi persembunyian usahawan kosmetik Sajat selepas mengenal pasti kerana bimbang menganggu siasatan.

Lokasi persembunyian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman akhirnya dikenal pasti selepas beberapa bulan menghilangkan diri.

Dalam kenyataan lain pula, Polis Ampang Jaya semalam memaklumkan pihaknya sedang mengesan Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit," jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan Sajat didakwa bersembunyi di Thailand setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: