19 July 2021

ABANG MENINGGAL DUNIA - NUR FATIMA SEDIH, RALAT TAK DAPAT BERTEMU



"Assalammualaikum, kepada sesiapa yang mengenali abang saya James Amirul Hafiz, beliau baru saja kembali ke rahmatullah setelah sekian lama bertarung nyawa kerana menghidap acute pancreatitis.

"Halalkan makan minum, maafkan segala kesalahan arwah jika ada pada anda yang mengenalinya. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Saya dan suami memang sangat sedih dan ralat tidak dapat bersama keluarga ketika ini.

"Segala urusan boleh contact adik-adik saya GG dan Zukhini. Al-Fatihah," tulis penyanyi Nur Fatima yang meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu Allahyarham abangnya, Amirul Hafiz yang meninggal dunia petang semalam (Ahad).

Fatima berkata, abangnya meninggal dunia selepas sekian lama berjuang dengan penyakit pankreas akut. Bagaimanapun, menurut Fatima, dia dan suaminya, Mohd Jeffry Wain Wright berasa ralat dan sangat sedih kerana tidak dapat bersama keluarga ketika ini. Fatima dan suami kini menetap di Canberra, Australia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: