15 August 2021

"ALHAMDULILLAH" - KOMEN TAJUL BILA ISTERI BERHIJAB



Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie telah memuat naik foto dirinya mengenakan hijab disamping anak-anak ketika mahu mempromosikan sebuah produk.

Foto terbaharu yang dimuat naik Shamieza atau lebih mesra dengan panggilan Ica, menimbulkan tanda tanya peminat Tajul sama ada isteri kesayangannya itu sudah berhijrah.

Malah kapsyen pada foto Ica juga seolah-olah memberikan bayangan bahawa dirinya dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik: "Selamat hujung minggu semua! InsyaAllah doakan yang baik-baik," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Tajul bagaimanapun menerusi ruangan komen foto tersebut menyatakan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan isterinya itu: "Alhamdulillah @icaaeddie semoga yang baik-baik," ujar Tajul.

Malah menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya juga, Tajul mengucapkan "Alhamdulillah". Dalam pada itu, ruangan komen foto isterinya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh pengikutnya.

Untuk makluman, Tajul dan Ica telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakn dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang dilahirkan pada 6 Mei 2021.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: