21 August 2021

TAK TAHU SEDANG HAMIL - DIANA RAFAR AKHIRNYA KEGUGURAN



"Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi.

"Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.

"Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video," kata pelakon Diana Rafar yang mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan, semalam.

Tambah Diana isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, itu, dia reda dengan perkara itu selain menganggap tidak ada rezeki.

"Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami.

Klik untuk gambar besar



"Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembedehan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.

"Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh," ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.

Untuk makluman, pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki selepas dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: