02 September 2021

28 OGOS LALU - PELAKON NYNAA HARIZAL SELAMAT BERNIKAH



Tahniah diucapkan kepada pelakon Nynaa Harizal, 25, apabila dia sudah pun sah bergelar isteri Ketua Pengarah Kewangan, sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas, 29, pada 28 Ogos lalu.

Majlis berlangsung secara kecil-kecilan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di ibu kota. Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal berkata, dia dan suaminya merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada Julai lalu, namun terpaksa ditangguhkan.

"Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang, Allah juga menentukan segala-galanya. Situasi pandemik COVID-19 iaitu Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlarutan selama berbulan-bulan.

"Kami merancang mengadakan majlis akad nikah di sebuah hotel di ibu kota, Julai lalu. Sehari selepas nikah, kami merancang mengadakan majlis resepsi. Namun, ia terpaksa ditangguhkan berikutan situasi tidak mengizinkan. Jika ikutkan, persiapan kahwin sudah dilakukan buat sejak Mei lalu.

Klik untuk gambar besar



"Akhirnya, saya dan suami terpaksa meneruskannya. Kami bertunang dahulu pada 21 Ogos lalu, disusuli dengan majlis akad nikah pada Sabtu lalu," katanya.

Pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' dan 'Chandelier' itu berkata, dia dan suami sepakat melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu.

"Insya-Allah, jika tiada aral dan andai keadaan pandemik sudah reda, saya dan suami berharap mengadakan majlis resepsi, penghujung hujung tahun ini," ujarnya.



Pada majlis berkenaan, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.

Ditanya mengenai detik perkenalan, pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja pada 2019 itu berkata, dia mengenali suami, kira-kira tiga tahun lalu.

"Kami bertemu pada majlis hari lahir seorang rakan baik. Bagaimanapun, kami hanya berkawan biasa, tidak membabitkan apa-apa perasaan. Bagaimanapun, selepas sekian lama tidak bertemu, kami terserempak di sebuah acara dan mula menjadi rapat.



"Sudah takdir, hubungan kami berpanjangan hinggalah disatukan sebagai suami isteri," katanya yang berseri-seri dengan sentuhan jurusolek popular, Erin Leola pada hari pernikahan.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama 'Hero Seorang Cinderella' pada 2017 itu berkata, dia dan suami memiliki banyak persamaan dan pantas mencipta keserasian.

"Kami saling memahami. Dia juga menghormati orang tua, berdikari dan sangat tegas. Malah, suami tidak pernah menghalang saya terus aktif dalam dunia seni. Suami menyokong apa sahaja minat saya," jelasnya yang kini sedang menanti waktu melunaskan baki penggambaran drama Pengembaraan Awang Kenit dan projek drama lain.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: