01 September 2021

"AMPUNKAN DOSA-DOSA SAYA..." - AISHAH MOHON DOA TIDAK DITIDURKAN



"Ya Allah mental tidak kuat hari ini, apabila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk diintubate (ditidurkan). Pagi tadi tahap oksigen saya 98 peratus, mereka cuba nak buka oksigen. Tapi apabila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen turun mendadak ke 88 peratus, terpaksa pakai oksigen semula... baru naik semula ke 95.

"Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ kena intubate (ditidurkan). Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai. Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya," tulis penyanyi Aishah yang berkongsikan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika.

Menurut Aishah, tiub pernafasananya dibuka pagi tadi apabila tahap oksigennya dilihat stabil, namun sebaik sahaja dia kembali ke katil selepas ke tandas, paras oksigennya turun mendadak. Aishah turut meluahkan rasa bimbang apabila melihat pesakit lain dibawa ke tempat lain untuk ditidurkan dan memohon pengikutnya mendoakan agar dia tidak melalui perkara sama.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini berkata, dia bimbang jika perkara tidak baik berlaku terhadapnya berikutan masih banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan. Aishah dalam masa sama, turut memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan tanpa sedar.

Sebelum ini, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, memberitahu keadaannya lebih bertenaga semalam dengan paras oksigennya adalah 96 peratus selain turut mendapat suntikan antibiotik.

Isnin lalu, Aishah yang positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. Aishah yang turut mempunyai masalah asma, pada mulanya dia mengalami gejala demam panas dan semput.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: