08 September 2021

BUKA SEKOLAH - ANGKASAWAN NEGARA BIMBANG, ANAK-ANAK IMUNITI RENDAH



"Menteri kata sekolah akan dibuka bulan Oktober ni. Kes masih 20,000 setiap hari. Tak nampak berkurangan dalam masa terdekat.

"Hanya guru yang telah di vaksin boleh bersemuka dengan pelajar. Namun itu tak bermakna sebab sesiapa saja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin. Patutkah ibu bapa risau?"

Demikian kata Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, berikutan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan pada 3 Oktober ini.



Meskipun sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun Dr Sheikh Muszaphar tetap meluahkan rasa risau akan keselamatan para pelajar yang tercenderung terdedah dengan virus Covid-19.

Justeru, beliau mencadangkan agar pembukaan sekolah ditangguh kepada tahun hadapan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambahbaik kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).



"Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi.. Lebih baik buka sekolah tahun 2022. Dengan harapan kes menurun. Perbaiki kaedah PDPR.

"Anak-anak imuniti rendah. Jangkitan Covid merebak begitu mudah. Lebih lebih lagi pelajar sekolah, walaupun mengikut SOP. Planning yang cukup pasrah.

"Adakah anda akan menghantar anak-anak anda ke Sekolah Oktober ini? Kongsikan pendapat anda kepada saya," pintanya seolah mahukan pendapat ramai mengenai hal ini.

Agak-agak... apa nasihat anda?

____________

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: