08 October 2021

KISAH CINTA VIDA & IQBAL - AZWAN ALI LUAH RASA 'SEMAK'



Kisah percintaan antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadainya, Ahmad Iqbal sejak bulan lalu hangat diperkatakan apabila sebelum ini dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Tiada kesudahan mengenai kisah tersebut, pelakon dan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA meluahkan rasa 'semak' dengan kisah percintaan kedua mereka itu.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Diva AA berkata hanya orang bodoh sahaja yang mempercayai kisah cinta DSV dan Iqbal itu. Bagaimanapun, Diva AA bertindak menutup ruangan komen status tersebut yang dimuat naik semalam.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

Kata Iqbal lagi, sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: