07 October 2021

"MOHON DOAKAN SAYA KEMBALI SIHAT" - 'DIGANGGU' KETIKA LIVE , VIDA KENA BUATAN ORANG?



"Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni? Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas..

"Saya mohon doakan saya kembali sihat," kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang memmaklumkan dia berasa panas badan dan berasa ingin pitam serta muntah ketika sesi siaran langsung Instagram, semalam.

Dalam pada itu, DS Vida difahamkan turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk melakukan solat sunat hajat. Bukan itu sahaja, Vida turut membuat 'pendinding' diri dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran seperti ayatul Kursi.

"Saya dah sediakan ayat kursi siap-siao sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ni siapa nak 'buat' kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu. Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding..," ujar Vida lagi.

Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja diucapkan buat Vida.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: