07 November 2021

DARI MAEPS, KINI DIRAWAT DI HSB - SHAHRULEZAD KONGSI KEADAAN TERKINI



"Hari ni keadaan Abam sedikit teruk. Tadi masa Zuhur abam cuba solat secara normal. But I am struggling to finish it. Seksa sangat bila kita tak cukup nafas. Tetiba Abam terasa sayu sangat. Sayu bila Abam dah tak boleh solat dengan sempurna. Maybe benda ni sementara jer tapi still meninggalkan kesan emosi pada Abam.

"Abam tak kisah kalau abam di duga Covid macam ni. I am fine. Tapi Abam sangat kisah bila solat Abam jadi macam ni. Ini lah satu satunya komunikasi Abam dengan Allah. So bila Abam terkial-kial macam ni ofcoz buat abang rasa sayu when I cant perform my solat properly.

"Abang tak kisah kalau abang jatuh sakit but please not my solat. My solat is everthing to me. Abg lagi down kalau abg tak dapat solat. Kawan-kawan sekalian mohon doa supaya setiap kali abam nak solat Allah pinjamkan sikit oksigen untuk abg yer. Abang just nak rasa nikmat solat macam biasa. Tu jer.

Klik untuk gambar besar



*Doakan sekali untuk semua pesakit pesakit Covid yg lain yer," demikianlah tulis penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak malam semalam berikutan paras oksigen rendah.

Berkongsi keadaan semasanya menerusi laman Instagram (IG), pengarah drama 'Nur' itu berkata dia mengikut saja cadangan terbaik daripada doktor di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).



"Disebabkan tahap oksigen rendah, akhirnya saya dipindahkan ke HSB. Jangan risau, tiada isu serius, cuma kelengkapan di MAEPS untuk kes pesakit kekurangan oksigen tidak secanggih di hospital ini. Lagipun, MAEPS dalam proses penutupan sebab kes Covid-19 di Malaysia semakin menurun. Jadi, banyak peralatan seperti mesin oksigen sudah dipindahkan," katanya.

Shahrulezad turut memaklumkan doktor juga memberikan dia suntikan untuk mencairkan darah sebab kuman Covid-19 itu yang boleh menyebabkan darahnya menjadi pekat. Sentiasa mengemas kini status di media sosial, Shahrulezad berkata dia sangat berterima kasih dengan petugas barisan hadapan di MAEPS dan juga HSB.

Terdahulu, Shahrulezad menerusi perkongsian di media sosial mengesahkan dia positif Covid-19 pada 2 November lalu selepas melakukan ujian saringan kali kedua. Malah, untuk mengelakkan insan tersayang dan serumah dengannya dijangkiti wabak itu, Shahrulezad memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri di MAEPS pada 5 November lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: