07 December 2021

POTONG RAMBUT PENDEK - PENAMPILAN BARU ANAK-ANAK SHUIB 'CAIRKAN' PEMINAT



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelawak Shuib Sepahtu telah memuat naik foto anak-anak, Uwais Al-Qarni (anak sulung) dan Ariq Matin (anak ketiga) tampil dengan gaya rambut baru iaitu potongan rambut pendek.

Shuib sebelum ini ada memuat naik beberapa foto keping kandid Matin: "Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia," tulis Shuib ringkas pada ruangan kapsyen.

Perkongsian suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu telah menerima pujian netizen yang mengatakan ia terlihat kemas dan comel. Malah, para peminat memberikan reaksi pelbagai sejurus Shuib berkongsi foto sebelum dan selepas rambut kanak-kanak berusia enam tahun itu dipotong.

Klik untuk gambar besar



"Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu." - "Rambut panjang sesuai dengan karektor Matin." - "Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin," puji peminat.

"Comel. Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan." - "Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat," antara komen-komen yang ditinggalkan.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: