21 December 2021

SERTAI MISI BANTUAN - IKA NABELLA LEGA AKHIRNYA DAPAT HUBUNGI SUAMI



"Stay Strong. Just an update, my husband is back from Sg Lui Alhamdulillah.. He said keadaan di Sg Lui sangat menyedihkan. They need more hands to help," demikian tulis pelakon Ika Nabella, 32, yang berasa lega apabila akhirnya suami memberikan perkembangan terkini selepas sebelum ini meluahkan kebimbangannya tidak dapat menghubungi suami yang keluar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat semalam.

Dalam hantarannya yang sebelum ini di Instagram, Ika berkata, dia bagaimanapun yakin bahawa suaminya, Muhammad Zaid Aznam berada dalam keadaan baik. Ika ketika dihubungi berkata, suaminya bertolak untuk menjalankan misi menyelamat selepas Zohor siang semalam dan dia juga berbesar hati dengan tindakan suaminya itu.

"Saya tak dapat hubungi suami saya sejak dia masuk ke Sungai Lui, Hulu Langat. Saya tahu, dia dalam keadaan baik, cuma saya dimaklumkan di kawasan itu memang tak ada liputan telefon dan dia bersama kawan-kawannya.

"Katanya sebelum pergi tadi, keadaan di sana sangat teruk. Paling teruk setakat ini, tapi mereka tak dapat kongsikan dengan lebih banyak maklumat," kata Ika.

Ika ketika dihubungi berkata, suaminya bertolak untuk menjalankan misi menyelamat selepas Zohor siang tadi dan dia juga berbesar hati dengan tindakan suaminya itu.

Klik untuk gambar besar



"Dia keluar lepas selesai semua persediaan, selepas Zohor sebabnya kawasan itu sangat teruk terjejas. Saya yakin, dia okey sebab ini bukan kali pertama dia terbabit misi bantuan.

"Saya pun sangat berbesar hati apabila suami keluar membantu mangsa yang dilanda musibah ini. Cuma, isteri mana yang tak risau bila tidak dapat hubungi suami dalam situasi begini," jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Ika turut mendoakan kesejahteraan setiap individu yang terkesan dengan bencana banjir ini dan juga mereka yang menjalankan misi menyelamat.

"Di samping mendoakan mereka yang terjejas, marilah kita sama-sama berdoa juga buat hamba-hamba Allah yang berpenat lelah membantu, bukan saja dari segi kewangan tetapi tenaga. Masya-Allah," tuturnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: