"Terlalu banyak kes ugut dan sebagainya sejak kebelakangan ini. Saya sendiri pun tak kenal siapa individu di sebalik topeng tersebut. Jadi untuk tidak mahu kusutkan kepala dan ganggu emosi selain demi keselamatan diri dan keluarga, saya terus buat laporan polis semalam.
"Biar pihak terbabit yang siasat dan selesaikan," itulah kata pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled yang memaklumkan dia mengambil tindakan membuat laporan polis demi keselamatan nyawanya selepas diugut dan diancam bunuh oleh individu tidak dikenali dalam laman sosial.
Kata Aisar, dia nekad membuat laporan polis semalam ekoran tidak tahan dengan ancaman dan ugutan bunuh yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali dalam Instagram. Menerusi hantaran dalam Instagram, Aisar, 22, turut berpesan kepada semua agar segera membuat laporan polis jika menerima nasib sepertinya.
Klik untuk gambar besar
"Kalau selalu dapat mesej yang mengganggu emosi kita, terus sahaja buat laporan polis atas keselamatan anda. Buat netizen pula, jagalah kata-kata dan perbuatan kita takut nanti jadi semula pada keluarga sendiri. Ramai yang bunuh diri atau kemurungan dan sebagainya kerana kata-kata anda semua," tulisnya.
Terdahulu, pelakon drama bersiri 'Chandelier' itu memuat naik laporan polis yang dilakukannya semalam selain berkongsi video ugutan bunuh daripada seorang lelaki bertopeng yang langsung tidak dikenalinya.
________________________
No comments:
Post a Comment