18 January 2022

DIKATA MUKA ANAK TAK SAMA, DISURUH BUAT UJIAN DNA - RYZAL BENGANG, MAHU SAMAN NETIZEN?



"Nak kira macam mana ya? Kalau lapor SKMM tak berkesan, kita hantar surat cinta peguam," tulis personaliti media sosial DurianKimchi, Ryzal Ibrahim yang meluahkan rasa bengang apabila seorang netizen memintanya untuk membuat ujian DNA terhadap anak perempuannya, Rina.

Berkongsikan komen netizen itu di Insta Story, individu tersebut mengatakan wajah bayi berusia tiga bulan itu langsung tidak sama dengannya. Tidak hanya berdiam diri, Ryzal berkata dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mungkin kurang berkesan jika perkara itu dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu, dalam satu lagi perkongsian, Ryzal menyifatkan kenyataan tersebut adalah fitnah dan memaklumkan berjaya menjejaki lokasi individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi," katanya.

Untuk makluman, Ryzal berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam You Narae pada 15 Ogos 2019. Pasangan itu juga baru menimang cahaya mata sulung diberi nama Rina pada pada Oktober tahun lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: