17 January 2022

NYANYIAN BUKAN KEUTAMAAN - ELYANA NIKMATI HIDUP BAHARU, TAK MAHU ANAK-ANAK INGAT KISAH SAKITNYA



"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja. Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit. Tiada apa yang saya kejar lagi.

"Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan," tutur penyanyi Elyana yang memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak, selepas disahkan bebas kanser selepas 11 tahun berjuang.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja.

Pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut. Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya.

Klik untuk gambar besar



Tambah penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' itu, dia juga pernah berasa putus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan. Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali.

"Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan. Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan. Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup," ujarnya.

Untuk makluman, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: