16 April 2022

TAMPIL LAGU RAYA BARU - WAK DOYOK KOMEN "LAGU SENDIRI NYANYI PUN 'TEMPUH' LARI", INI BALAS ALIFF SYUKRI



Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi berkenaan dengan lagu Raya barunya dan perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet.


Menurut Aliff, lagu berkenaan yang diberi judul 'Kelepuk Raya' itu akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi dan dia berkongsi sedutan lagu berkenaan buat tatapan ramai.

"Siapa suka lagu raya "Kelepuk Raya"? Ni part coros (chorud) tau. Akan dikeluarkan lagi lima hari," tulis Aliff sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi pelbagai, termasuk pelakon, pengacara dan ikon fesyen popular iaitu Wak Doyok yang memberikan reaksi humornya.

"Lagu sendiri nyanyi pun 'tempuh' lari Tok," tulis Wak Doyok dan kemudiannya dibalas Aliff Syukri 'awak janganlah pecahkan rahsia saya'.

Klik unuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: