09 June 2022

IFA RAZIAH AKUI DAH LAMA DAPAT 'DATUK': "KITA 'LOW PROFILE'... PANGGIL HAYAM LAGI SERONOK ATAU 'MADER'..."



"Sebenarnya dah lama (dapat gelaran Datuk) iaitu 2016 dari negeri Perak. Orang dah cakap tentang perkara ini waktu itu (2016) cuma saya kata, tak payahlah gunakan gelaran tersebut kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.


"Saya dapat gelaran tersebut pun atas nama Saripah Raziah binti Mustapha. Rasmi. Kalau letak gelaran 'Datuk' dengan nama panjang begitu, siapa nak kenal? Jadi, sekarang ini saya hanya gunakan nama pentas iaitu Ifa Rafiah.

"Tidak mengapa, kita 'low profile', tak bawa ke mana pun pangkat. Bagi saya sama sahaja. Lagi susah nak minta sponsor (ketawa). Tapi kalau kalian tanya, memang benar dapat gelaran Ahli Setia Diraja," kata pelakon dan penyanyi Ifa Raziah yang mengakui dia sebenarnya sudah lama mendapat gelaran 'Datuk' iaitu pada tahun 2016.

Memetik laporan Kosmo, Ifa bagaimanapun berkata dia lebih selesa tidak menggunakan gelaran tersebut kerana dia mahu dikenali sebagai Ifa Raziah sahaja. Kata Ifa lagi, dia tidak mahu terlalu menunjuk dia telah dikurniakan gelaran 'Datuk' kerana baginya pangkat bukan segalanya serta mengakui dia dikurniakan darjah Ahli Setia Diraja dari negeri Perak.

Klik untuk gambar besar



Ditanya adakah dirinya sudah mencapai status jutawan, Ifa berkata, disebabkan itu juga dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana dia bukan jutawan.

"Banyak sahaja Datuk yang tak jutawan (tertawa). Pasal itulah, saya tak nak guna gelaran Datuk sebab saya bukan jutawan. Biarlah orang nampak, orang nilai sahaja. Gelaran Datuk bukan jalan mudah nak berjaya. Saya suka lagi dengan nama Ifa Raziah ataupun orang panggil saya Miss Diva Pukpukpukk. Bila orang panggil saya Datuk, saya rasa macam tak payahlah. Panggil mak hayam lagi seronok atau 'mader'.

"Sungguhpun begitu, kalau ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi, saya akan gunakan gelaran Datuk tapi dengan nama penuh. Sekarang dan kebanyakan masa, panggil Ifa Raziah sahaja itu nama pentas saya," ujarnya.

Untuk makluman, jenama yang diasaskan oleh Ifa iaitu StarVendors yang beroperasi selama 75 jam tanpa henti sebelum ini pernah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai 'Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti'.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: