28 June 2022

NIKAH DI USIA MUDA - TEGAR SAHKAN SUDAH BERCERAI



"Sebenarnya terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan. Aku memilih untuk hidup baru lagi. Aku hanya duduk di rumah sahaja sehinggakan badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.


"Wang juga susah nak cari, aku jadi tertekan," itulah kata penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tegar Septian yang mengesahkan dia dan isterinya, Sarah Sheilka sudah bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Mendedahkan perkara itu di laman Instagram, Tegar bagaimanapun tidak mendedahkan punca perceraiannya itu dan mahu meneruskan hidup tanpa isterinya. Disebabkan masalah rumah tangganya itu, Tegar berkata dia hanya duduk di rumah dan badannya kurus kerana terlalu memikirkan soal wang.

Untuk makluman, Tegar mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: