28 June 2022

"TAKKAN NAK PAKAI BIKINI JIKA BERCUTI DI PANTAI... SAYA PUN TAHU BATASANNYA" - EMMA MAEMBONG



"Saya mohon, janganlah kaitkan dengan anak saya. Saya masih tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu. Lagipun, saya cuma jadi diri sendiri. Saya pun takkan nak memakai bikini jika bercuti di pantai sebagai contoh. Saya pun tahu batasannya.


"Cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak," ujar pelakon Emma Maembong yang berkata dia masih tahu batas dalam berpakaian.

Sejak kebelakangan ini, penampilan Emma sering menjadi perhatian ramai apabila dikatakan tampil seksi selepas bergelar ibu. Jelas Emma, dia hanya memakai pakaian yang selesa dan hanya menghargai diri sendiri sahaja.

Klik untuk gambar besar



Susulan penampilannya yang seksi, anaknya, Shariq Gabriel turut terkena tempiasnya. Meskipun sudah lama berlalu, namun isu buka tudung masih lagi menjadi bualan netizen. Bagaimanapun, Emma berkata pasti dia akan berhijab suatu hari nanti.

"Sebenarnya saya pakai apa selesa. Saya memang begini sejak zaman remaja lagi. Saya fikir tak perlulah nak ubah semata-mata kerana sudah berkahwin dan ada anak. Biarlah saya jadi diri sendiri sahaja.

"Saya hanya menghargai diri sendiri. Kalau ada yang tak suka, tak apa. Saya cuba sedayanya untuk positifkan diri. Doakan yang baik-baik ya. Saya ini perempuan, satu hari memang saya akan berhijab juga. Insya-Allah saya akan berubah. Terus doakan saya," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: