14 July 2022

"SAYA SOKONG PENUH KELAB INI (KOMEDI) DITUTUP" - SYAMSUL YUSOF



"Setelah jelas keadaan sebenar, dengan bukti dan fakta..sy sokong penuh club ini DI TUTUP. Jangan kamu sekali2 even terfikir menghina Islam ☝🏻," itulah tulis pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.


Semalam, Syamsul bersama Pengerusi Persatuan Semboyan, Yusuf Azmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields membuat laporan polis terhadap pemilik kelab komedi tular baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, pengarah filem 'Mat Kilau' itu bersetuju kelab komedi itu ditutup. Sebelum ini, Syamsul berkata dia tidak sependapat jika kelab komedi itu ditutup terus kerana ianya masih boleh dibincangkan.

Kata Syamsul lagi, amaran keras dan undang-undang harus diperketatkan dan pihak berkuasa perlu mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan insiden menghina agama Islam.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang wanita yang pada awalnya berpakaian sopan sebelum bertindak menanggalkan baju kurung dan tudung.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: