04 September 2022

SELAMAT BERSALIN BAYI KETIGA - INTAN SALEH TIMANG ANAK LELAKI LAGI



"Alhamdulillah selamat melahirkan putera ketiga. Tolak ke dewan bersalin jam 2.45 petang dan jam 334 petang keluarlah seketul Aizamjr," kata pempengaruh dan usahawan, Intan Saleh yang memaklumkan dia telah selamat melahirkan bayi ketiga di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada jam 3.34 petang semalam.


Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda itu meluahkan rasa syukur kerana bayi lelaki yang diberi gelaran Baby A selamat dilahirkan secara normal.

Selain itu, Intan yang bersalin anak pertama untuk perkahwinan terbaharunya itu mengucapkan terima kasih kepada yang selama ini tak putus menitipkan doa buatnya.

"Terima kasih yang mendoakan bonda (gelaran dirinya dan bonda doakan untuk ibu-ibu yang menunggu hari melahirkan semoga dipermudahkan semuanya...," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, walaupun bukan berstatus artis, kehidupan Intan tetap menjadi sorotan masyarakat apabila detik pergolakan rumah tangga dengan pemuzik, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mencetus sensasi sekitar 2017.

Intan yang sempat menjadi madu Izreen itu kemudian bercerai dengan Ude pada 2018 iaitu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Terkini, Intan mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka teruna bernama Aizam Yahya yang lebih muda darinya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: