24 November 2023

"SAYA TERSEDAR KAMI TIADA KESERASIAN & HARUS MELEPASKANNYA" - NASH RASA SIKAP CEMBURU 'JODOH BAHARU' BUAT TAK SERASI



"Jujurlah, saya mengaku pernah juga ada terbuka pintu hati terhadap seorang wanita yang sudah dikenali agak lama. Bagaimanapun, saya tersedar kami tiada keserasian dan harus melepaskannya.
"Dia orang biasa dan bukan dalam karier seni. Saya mengaku memang suka kepadanya, namun sikap dia yang seperti cemburu apabila saya nampak mesra dengan orang lain di dalam TV menyebabkan saya jadi fobia.

"Pada usia saya yang dah emas ini dan zaman sekarang, kalau nak cemburu tak payahlah. Lagi pula, ada ramai orang lain juga dalam program temubual di TV itu dan tak perlu ada rasa cemburu."

Itulah kata penyanyi yang juga vokalis Lefthanded, Datuk Nash, 64, yang mengakui hatinya ada terbuka untuk 'jodoh baharu' dengan seorang wanita, namun akhirnya berasa tiada keserasian di antara mereka.

Klik untuk gambar besar
Selepas menduda selama 14 tahun, Nash, menjelaskan, beliau tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari teman hidup baharu, tetapi bersikap agak memilih kerana faktor usia dan pengalaman pernah gagal dalam dua perkahwinan yang lalu.

Walaupun ada rasa kecewa di hatinya kerana melepaskan wanita itu, Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias, bagaimanapun reda kerana sudah bersikap jujur pada diri dan berpegang dengan pendiriannya.

"Saya selektif soal teman hidup kerana pernah kecewa dalam dua perkahwinan lalu. Jadi, kalau yang terbaharu ini, mestilah saya kena teliti dengan pendirian diri sebab kita memang memilih, namun Allah yang menentukan dan mesti ada istimewanya orang itu.
"Lagipun, saya tidak buat jahat dalam hidup macam berkawan rapat dengan orang ini dan kemudian orang itu pada masa sama. Saya kalau dah suka seseorang, maka orang itu saja sebab dah tua-tua ini nak apa lagi.

"Saya pun sekarang lebih ke arah mengumpul bekalan diri sendiri untuk dibawa ke akhirat nanti. Sebab itu, saya juga selalu mengikut jemaah Tabligh keluar beberapa hari untuk belajar dan menimba ilmu," ujarnya.

Untuk makluman, Nash yang memiliki tiga anak dan seorang anak angkat, serta mempunyai lapan cucu itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Hayati Mohd Yusof pada 1996 dan berpisah beberapa tahun kemudian.

Beliau kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada 2006 dan bercerai pada 2009.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: