19 December 2023

TAHUN DEPAN - AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, pelakon Aiman Hakim Ridza telah berkongsi berita gembira dimana isterinya yang juga pelakon, Zahirah MacWilson kini sedang hamil anak kedua mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Aiman meluahkan rasa syukur di atas rezeki cahaya mata itu, selain berkata, dia dan isterinya tidak sabar untuk menanti tahun hadapan iaitu 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka ini.

Dalam hantaran itu, Aiman turut memuat naik gambar pemeriksaan ultra bunyi kandungan isterinya, namun tidak berkongsikan usia kandungan anak keduanya itu.

Untuk makluman, Aiman mendirikan rumah tangga bersama Zahirah pada 20 Februari 2020. Pasangan itu sudah dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: