12 March 2024

TIDAK KEK0K MASUK DAPUR - INTAN NAJUWA AKUI SUAMINYA TAK CER£WET, SENANG DIJAGA



Meskipun hidup dalam kemewahan, pelakon Datin Intan Najuwa yang sudah hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga itu dilihat tidak kek0k untuk ke dapur dan memasak untuk suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Intan yang berkongsi perkara tersebut menerusi Hib Glam itu turut berkata, apa yang dilakukannya ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh wanita bergelar isteri serta mengakui suaminya mudah dijaga.

"Saya rasa perkara itu (mengurus suami) datang secara semula jadi. Saya hanya buat apa yang termampu dan sehabis baik sebagai isteri. Mujur suami saya tidak cer£wet dan senang dijaga. Itu sahaja.

"Itu adalah tanggungjawab saya. Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya bertambah gembira. Kalau kita ikhlas, tidak akan rasa terbeban," ujarnya.

Sementara itu, suami Intan pula berkata, pada awalnya, dia tidak biasa apabila terk£na t£mpias populariti isterinya, namun Intan menasihatinya supaya tidak membaca komen netizen.

"Memang banyak cab@ran. Apa yang penting kena bersabar. Isteri juga nasihatkan saya supaya tidak membaca komen-komen dalam media sosial.

"Sebelum berkahwin dengan Intan pun, saya sudah bersedia. Maksudnya daripada segi t£mpias populariti, g0sip dan sebagainya. Cuma saya seorang pem@lu. Jadi, mahu tidak mahu saya kena terima juga," tuturnya.

Untuk makluman, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: