24 April 2024

JADI PENYANYI SEARCH - AMIR MASDI AKUI TAK PERNAH BAYANGKAN



"Saya sangat terk£jut. Tak sangka dan tak pernah bayangkan akan ada dalam satu poster dan berkongsi pentas dengan band legenda.

"Saya fikir hanya artis jemputan, tapi jadi penyanyi rupanya. Ini projek yang istimewa untuk karier saya kerana Search adalah band legenda."

Ujar penyanyi Amir Masdi, 28, yang berkata, dia tidak pernah terfikir dan bayangkan satu hari nanti dia akan menjadi penyanyi untuk kumpulan rock legenda, Search di konsert mereka.

Namun, semuanya menjadi kenyataan apabila anggota Search, Noordin Mohd Taib dan Kid mempelawanya menjadi penyanyi mereka di Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Tambah Amir atau nama penuhnya, Amir Syazwan Masdi, perbincangan sebelum Aidilfitri itu membawa kepada persetujuan yang umpama impian yang menjadi kenyataan buatnya.

Klik untuk gambar besar

"Sebelum Aidilfitri, mereka (Nordin dan Kid) ada berbincang dengan pihak pengurusan saya. Mereka nak jadikan saya penyanyi untuk konsert itu, tapi bukan Search," katanya.

Menyerahkan pemilihan lagu kepada Search memandangkan itu adalah konsert mereka, Amir berkata, sesi latihan sudah dimulakan selepas Aidilfitri.

"Saya baru mulakan minggu ini. Jadi ada sebulan lebih untuk saya menjiwai lagu dan biasakan diri dengan Search.

"Untuk senarai lagu, saya serahkan kepada Search kerana itu konsert mereka. Tugas saya menyanyi. Kalau ada lagu yang mungkin saya tak selesa, mereka tak main. Tapi, setakat ni tak ada mas@lah pun.

"Lagu-lagu mereka sangat tinggi dan saya sebagai penyanyi kena gal@s tanggungjawab dan cuba sebaik mungkin.
"Saya ada rancang untuk ambil guru vokal juga untuk mempersiapkan diri agar dapat bertah@n di atas pentas sepanjang dua jam," tuturnya

Sementara itu, jumlah dan senarai lagu yang akan dipersembahkan di acara konsert itu masih lagi dalam perbincangan dan dirahsiakan.

Selain Amir, konsert berkenaan turut menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle dan Jovita Pearl dari program X Factor Indonesia.

Terbaru, Amir baru saja melancarkan trailer untuk dokumentari Behind The Album: Amir Masdi yang akan membawa penonton menelusuri perjalanan proses pembikinan album pertamanya.

Dokumentari berdurasi 75 minit itu akan ditayangkan di saluran YouTube Amir Masdi, Khamis ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: