14 April 2024

MISHA OMAR TERHARU KYUHYUN SUPER JUNIOR DENDANGKAN LAGU 'BUNGA BUNGA CINTA'



"Okay pengsan. Tersenyum-senyum kita, wak. Tertawan hati," demikian komen penyanyi Misha Omar yang berkongsi video anggota Super Junior iaitu Kyuhyun mendendangkan lagunya berjudul 'Bunga-Bunga Cinta'.
Dalam perkongsian itu, Misha terharu Kyuhyun atau nama sebenarnya, Cho Kyu-hyun memilih untuk menyanyikan lagunya itu, selain memberikan persembahan cukup mantap ketika mendendangkannya.

Selain Misha, penyanyi Korea Selatan yang berusia 36 tahun itu turut mendapat pujian netizen selepas videonya menyanyikan lagu tersebut pada konsert 2024 (KYUHYUN) ASIA TOUR 'Restart' in Kuala Lumpur, semalam, tular.

Klik untuk gambar besar
Menjadi antara penyanyi lelaki dari Korea Selatan yang cukup hebat vokalnya, netizen mengakui Kyuhyun memang memberikan keadilan terhadap lagu itu termasuk sebutan Bahasa Melayu yang jelas.

"Bunga-Bunga Cinta kedengaran jadi lebih indah. Kyuhyun perlu banyakkan menyanyi semula lagu-lagu Misha Omar. Sedapnya sebutan dia. Dia beri keadilan terhadap lagu Misha Omar.
"Siapa cadangkan lagu legenda ini? Bagi dua ibu jari kepada orang yang cadangkan lagu ini kepada Kyuhyun," antara komen netizen.

Difahamkan, Kyuhyun bertandang ke Malaysia untuk menjayakan konsert solo sulungnya di Mega Star Arena, di sini, itu. Konsert terbabit anjuran WebTVAsia.

Sebanyak 21 lagu pelbagai rentak dipersembahkannya dengan vokal cukup memukau. Ia termasuk 'Restart', 'Dreaming', Sorry Sorry', 'Together', 'Daystar', 'Rainbow', dan lain-lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: