25 May 2024
DIN SEARCH : "SAYA PENAT TENGOK MEREKA, DAH TUA TAPI TAK HABIS-HABIS PER4NGAI MACAM ITU... DIA BUAT BAND MACAM HAKNYA & SAYA INI MACAM MAKAN GAJI"
"Lagu itu milik Datuk M. Nasir dan dia pun dah bagi kenyataan dulu dalam akhbar. Beliau kata, apa yang saya buat ini betul. "Amy sebenarnya maksudkan r0yalti apa? Kalau r0yalti MACP (Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad), dia akan dapat juga.
"Itu lagu lama, lagu-lagu yang dah berdaftar. Stesen radio mainkan dan dinyanyikan di karaoke, MACP akan kumpul r0yalti.
"R0yalti mekanikal pula lebih kepada komposer. Nak diikutkan 100 peratus itu memang hak komposer.
"Kalau artis itu buat lagu sendiri, itu lain. Dia akan dapat r0yalti mekanikal. Itu bezanya dan takkan Amy tak faham?
"Apa yang sebenarnya nak diutarakannya? Dia sendiri boleh pergi Luncai Emas tanya dengan M Nasir. Rockology Search: Kid'Din Collection Series hanya diterbitkan 500 keping dan lebih kepada koleksi peminat. Tiada ulang cetak.
"Kalau tengok memang gambar saya dan Kid berdua saja. Tajuknya pun Kid'Din Collection Series. Cuma saya letak logo Search, apa mas@lahnya?
"Kita kena saling memahamilah. Dah kenal bertahun-tahun. Kawan-kawan, benda begini kena toleransi. Dia s£rius sangat sampaikan gambar pun saya tak boleh pakai.
"Apa benda ini? Kita kawan dah bertahun-tahun. Kalau setakat kau nak pinjam baju aku, pakailah. Nak ambil terus pun tak apa".
Itulah kata pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib atau Din yang tampil mempers0alkan tind@kan penyanyi Datuk Amy Search yang menuntut r0yalti penghasilan album kompilasi Rockology Search : Kid'Din Collection Series yang didakwanya dibuat tanpa kebenaran anggota Search yang lain.
Jelas Din ketika dihubungi, album yang dipasarkan bersama 17 cendera hati Search pada 17 November 2021 itu adalah kompilasi lagu dan bukannya rakaman semula atau lagu baru.
Ujarnya lagi, Amy sudah lebih 40 tahun bergelar penyanyi dan mustahil tidak tahu mengenai perkara ini.
Dalam pada itu, Din berkata, itu adalah projeknya sendiri tanpa memb@bitkan anggota Search yang lain.
Selain itu, Din turut mendakwa Amy sukakan perkara begini dengan menc@mpuri perkara yang dia tidak pasti.
"Contohnya macam cerita mengenai dakwaan Denden, baru-baru ini. Itu pun dia nak campur juga. Padahal semua itu tak betul. Saya lebih tahu sebab Denden yang bersama saya, bukannya Amy," tuturnya.
Din dalam masa sama juga meminta Amy menurunkan eg0nya yang tinggi selama ini dan menasihatkannya jangan lagi mempunyai ment@liti sebegini.
"Saya penat tengok mereka. Dah tua tapi tak habis-habis per@ngai macam itu. Dia buat band macam haknya dan saya ini macam makan gaji.
"Semua dia saja yang nak buat. Kalau isu r0yalti, dia kata tiada dokumen tapi ia sebenarnya ada. Sebenarnya dulu dia janji nak jumpa bincang album Rockology Search: Kid'Din Collection Series tapi dia yang tak datang," ujarnya.
Disamping itu, Din memberitahu, mereka sebenarnya tidak sen@ng h@ti apabila melihat dia bergerak aktif.
"Amy dakwa ada orang beritahu duit r0yalti dah bayar pada saya. Dia boleh tunjukkan bukti tak? Bila sesuatu r0yalti keluar pasti ada penyata dan rekod.
"Dia kenalah tanya orang yang bercakap itu minta bukti. Ada atau tidak? Waktu buat video tunjuklah bukti itu. Untuk album Rockology Search: Kid'Din Collection Series, saya tunjuk dokumen cuma Amy tak respon.
"Saya buat dengan Kid tiada gambar mereka pun. Cuma, ada lagu Search dan mereka memang akan dapat r0yalti dari MACP," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment