09 May 2024

LAGU 'MASING-MASING' - ERNIE ZAKRI TAK KEC£WA JIKA TAK LAYAK KE AJL



Sekiranya lagu 'Masing Masing' hasil ciptaan komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda tidak layak menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Ernie Zakri akui dia tidak kec£wa kerana bukan karya tempatan.
Kata Ernie, 32, dia yang sememangnya sentiasa mengimpikan untuk berada di pentas AJL sejak awal pemb@bitannya dalam arena muzik, bagaimanapun tidak menafikan bahawa pentas berprestij itu adalah batu lonc@tan terbaik buat anak-anak seni.

"Saya rasa, AJL ini adalah satu acara anugerah di Malaysia yang sangat-sangat berprestij. Saya tidak pernah menafikan ia adalah satu batu lonc@tan bagi setiap penyanyi. Kita ada impian. Saya pernah mengimpikan untuk berada di AJL dan saya dah dapat.

"Sekarang ini, jika tak ada juga rezeki untuk berada di AJL, tak mengapa sebab selagi orang tahu kewujudan lagu ini dan mendapat tempat di hati mereka, itu penting untuk saya. Itu sangat-sangat penting," ujar Ernie yang turut berkata, anugerah bukanlah kayu pengukur kejayaannya.

"Menang atau tak dapat layak ke mana-mana anugerah ke, tak mengapa. Anugerah adalah benda yang perlu supaya kita sentiasa rasa bersemangat untuk buat apa lagi selepas itu.

"Tapi, itu bukan pengukur kejayaan saya sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada peminat-peminat saya.

"Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan saya dalam dunia nyanyian ini bukan satu pertandingan. Ia adalah sebuah perjalanan.

"Jadi, perjalanan yang saya titi ini adalah, saya bertemu peminat, rakan media, dan setiap maklum bal@s yang saya terima itu adalah sebuah perjalanan saya. Jadi, itu yang manis sebenarnya," jelasnya.

Tambah isteri kepada penyanyi Syamel itu lagi, dalam usianya yang semakin matang, dia melihat setiap perkara dari persp£ktif baharu dan lebih p0sitif.

"Menang atau tidak, tak mengapa. Mungkin dalam usia yang dah 32 tahun ini memberi satu satu persp£ktif baharu dan lebih p0sitif.

"Tak mengapa kalau tak menang apa-apa. Selagi peminat menghargai dan menyukai karya-karya saya, itu dah memadai," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: