02 May 2024

TERIMA PANGGILAN HAJI - WAN MAIMUNAH 'MER4UNG', LUAH RASA SYUKUR DOA DIMAKBULKAN



"Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.
"Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

"Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.

"Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.

"Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pend0sa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.

"Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini. Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung."

Itulah kata pelakon veteran, Wan Maimunah yang memberitahu, dia 'mer@ung' selepas dimaklumkan Lembaga Tabung Haji mengenai perkhabaran gembira sebelum Ramadan lalu, dimana dia bakal menunaikan haji tidak lama lagi.

Dalam linangan air mata, Wan Maimunah atau nama penuhnya, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 67, berkata, reaksi sp0ntan itu kerana dia tidak percaya akan menjadi tetamu Allah dalam tempoh secepat itu.

Klik untuk gambar besar
Pelakon yang lebih mesra disapa ibu itu dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur kerana doanya ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu dimakbulkan Allah.

Pemenang trofi Artis Komedi Wanita Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu dijangka akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei ini.

"Tapi, saya kena berkumpul di hotel pada 9 Mei, barang pun tak sempat kemas lagi. Walaupun ke sana berseorangan, tapi saya yakin Allah akan jaga saya.

"Doakan semoga urusan ibadah haji saya berjalan lancar dan dipermudah semuanya," ungkapnya.

Semalam, majlis Tausiyah Ilmiah dan kenduri doa selamat telah diadakan di kediaman anak angkat bintang air mata itu iaitu Datuk Seri Kamaruzzaman Mohd Nor dan isteri, Datin Seri Zuhaila Razali, di Kampung Batu Muda, di sini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim Elias untuk menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir.

Antara rakan artis yang turut meraikan majlis termasuklah Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, Anne Abdullah, Amran Nasruddin dan anak saudaranya, Wan Sharmila.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: