20 July 2024

"KEPADA SESIAPA YANG ADA TERASAKAH, MAAFKAN SAYA" - HUN HAQEEM



Apabila berada di set penggambaran, pelakon Hun Haqeem, 26, memberitahu, dia sebolehnya mahu sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang industri termasuk rakan pelakon.
Dalam pada itu, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, berkata, jika dia pernah membuatkan orang ter@sa hati, dia tidak berniat dan perkara itu adalah tidak disengajakan pun.

"Bila di set, saya berkawan dan cuba sehabis baik bina keserasian dengan semua orang. Saya percaya semua yang pernah bekerja dengan saya akan cakap hal sama.

"Pada akhirnya, untuk berkarya, pasukan kita kena kuat sebab saya bukan berkarya seorang. Tapi saya pun tak tahu, masa bekerja kadang-kadang mungkin saya tak dapat nak bermesra dengan semua orang.

"Mungkin saya sangat-sangat sibuk dan tidak cukup tidur ketika itu. Hal-hal sebegitu boleh memberi kesan kepada sesetengah orang. Saya seorang yang sempoi. Kepada sesiapa yang ada terasakah, maafkan saya," ujarnya.

Kata-kata Hun itu adalah bagi menjawab persoalan apabila dia didakwa tidak sebulu dengan pelakon lain di set penggambaran menyebabkan suasananya jadi teg@ng.

Selain itu, Hun juga t£guh menjaga int£gritinya setiap kali menjayakan mana-mana tugas kerja dan dalam masa sama juga meluahkan rasa syukur persekitarannya sentiasa dikelilingi hal-hal p0sitif.

"Saya akan cuba kurangkan apa-apa drama daripada berlaku di set. Saya kena hormat juga kru-kru yang tak tidur malam dan sebagainya. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur dengan orang-orang sekeliling saya.

"Contoh dalam dunia lakonan, ramai yang menjaga saya baik sisi lakonan mahupun pesanan pasal dunia nyata. Mereka sangat-sangat ringan mulut untuk beri ilmu.

"Saya takkan sampai ke tahap sekarang kalau bukan disebabkan mereka," kata pelakon siri 'Ke Kodiang With Love' itu lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: