20 July 2024

"MINTA MAAF, SAYA BUKAN KLINIK ATAU HOSPITAL... KORANG KATA SAYA AHLI NER4KA, TAKKAN MASIH NAK MINTA TOLONG SAYA?" - ELYANA



Penyanyi Elyana menerusi perkongsian di Insta Story, dilihat telah meluahkan rasa kurang senang apabila dia dijadikan tempat rujukan buat mereka yang bertanyakan hal berkaitan peny@kit terutama serupa sepertinya.

Dalam hantaran tersebut, Elyana memohon maaf kerana dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab soalan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, tambahnya lagi, dia juga pernah dim@ki apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati.

"Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang peny@kit ya. Saya pun pes@kit macam anda.

Klik untuk gambar besar

"Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila diperlukan. Bila ada yang tak kena di mata, orang m@ki h@mun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat," tuturnya.

Selain itu, Elyana memberitahu, dia turut dilabel dengan gelaran tidak baik serta meminta merujuk peny@kit mereka kepada pakar.

"Korang kata saya ahli ner@ka, takkan masih nak minta tolong saya? Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana," katanya.

Terdahulu, pada hujung 2021, Elyana mengesahkan dia bebas daripada kans£r limfoma selepas 11 tahun berjuang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: