"Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia dekat sekolah. Lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya. Cuma kita tak ada la nak tonjolkan. Tapi kalau nak tengok, saya rasa akan ternampak juga."
Itulah tutur suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu PU Riz mengenai anak keduanya, Abdullah Abbas dimana dia dan isterinya itu sehingga kini masih belum berkongsikan wajah putera mereka kepada umum, meskipun usia Abbas kini sudah mencecah setahun.
Kata PU Riz, dia dan isteri belum ada perancangan untuk menayang wajah anak kedua mereka itu, namun ramai yang sudah melihat wajahnya.
Sementara itu, Neelofa turut mengakui, dia selesa dan lebih suka wajah anak-anaknya itu tidak ditunjukkan di media sosial.
"Saya rasa lebih selesa tak tunjuk. I like it! Macam Bilal orang dah tengok, tapi saya masih 'blur' kan wajahnya. I think I like that," tuturnya.
Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment