26 August 2024
"MEMANG BETUL SAYA SEKARANG SEORANG JANDA" - ADIRA AKUI TAK KISAH, TAK TER4SA HATI DISAPA 'JANDA'
"Saya okay saja menggunakan perkataan 'janda' itu kerana dah memang betul saya sekarang seorang janda. Tak ada yang kas@r pun bunyinya (janda) atau cuba mahu mempers£ndakan status seseorang yang dah pun bercerai.
"Di Sabah, negeri kelahiran saya memang biasa saja kami sebut 'janda'. Jarang sekali nak sebut ibu tunggal ke atau apa. Panggilan janda, memang biasa dan tak ada nak ter@sa hati atau mar@h pun."
Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi, 32, yang mengakui dia tidak ter@sa hati, sedih dan mar@h sekiranya dia disapa dengan panggilan 'janda' kerana ia perkara benar dan memang itulah status dirinya ketika ini.
Ujar Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, baginya, tiada apa yang 'kas@r' pun jika dipanggil dengan gelaran janda itu dan tidak perlulah 's£ntap' dengan cepat hanya disebabkan perkara rem£h.
Namun begitu, Adira berkata, bagaimanapun dia faham tidak semua wanita bercerai boleh menerima panggilan janda itu dan ia hak masing-masing.
Cuma tutur penyanyi lagu 'Ombak Rindu' ini lagi, perkataan itu tidaklah bermaksud kas@r dan tidak menghormati status orang lain.
Pada 24 April lalu, Adira yang juga ibu tunggal empat anak itu sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali, Datuk Red, 47 di di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Mereka hidup bersama selama sembilan tahun selepas berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan ketika itu, Adira juga adalah isteri kedua.
Kini Adira menjalani kehidupan bahagia dengan empat cahaya matanya iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
Adira juga kembali rapat dengan Datuk Red yang dipanggilnya 'Abang Red', sekali gus mengakui mereka dalam fasa ingin 'mencuba semula', termasuk merancang bernikah jika masih ada jodoh bersama yang ditentukan Allah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment