15 August 2024
NORA ARIFFIN MOHON MAAF TAK DAPAT BERI RESPON, TIDAK MAHU PANJANGKAN ISU LAFAZ CERAI
"Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respon (maklum balas) pada isu ini (cerai). Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.
"Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitn@h. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesil@pan dan kesal@han."
Itulah kata penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 51, menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, dimana dia memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa maklum bal@s terhadap isu lafaz cerai.
Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin yang baharu bercerai talak satu dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli, berharap isu mem@abitkan peribadinya itu tidak terus dipanjangkan lagi.
Jelas ibu empat cahaya mata ini lagi, hubungannya bersama bekas suaminya itu baik-baik sahaja sebelum ini dan dia berlapang dada menerima apa yang sudah pun berlaku itu.
"Sebelum ini, hubungan kami baik-baik saja (dengan bekas suami). Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.
"Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua," tulisnya dalam kenyataan dimuatnaik di media sosial itu.
Terdahulu, Nora yang popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema' itu membuat k£jutan apabila berkongsi video dia diceraikan Rushdi di akaun IG miliknya pada Isnin lalu.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut perceraian itu, Nora sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur atas apa yang terjadi.
Sp£kulasi mengatakan rumah tangga Nora dengan Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM) g0yah bertebaran sejak tahun lalu, namun, ia dinafikan dan Nora memaklumkan hubungan mereka dalam keadaan baik saja.
Untuk makluman, Rushdi adalah suami dari perkahwinan kedua Nora dan mereka mendirikan rumah tangga dengan pada 2021 lalu dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup.
Difahamkan Rushdi juga merupakan sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akib@t s£rangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora turut diuj1 dengan dug@an berat dalam hidupnya apabila anak keduanya iaitu Allahyarham Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia ketika berusia 20 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment