20 August 2024
SYAMSUL YUSOF FAIL CERAI KERANA TIADA LAGI PERSEFAHAMAN
Nama pengarah dan pelakon sens@si, Syamsul Yusof hangat diperkatakan selepas dia memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar, semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul dan permohonan cerai dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut Azmi lagi, anak kepada penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam itu memfailkan perceraian tersebut kerana dia dan isterinya tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina pada 6 Januari 2023.
Sementara itu, meninjau di laman Instagram pula, mendapati foto perkahwinan Syamsul dan Ira juga tidak kelihatan, seolah memberi bayangan sp£kulasi hubungan mereka sedang berd£pan mas@lah.
Untuk makluman, Syamsul dan Ira berkahwin di Selatan Thailand. Perkahwinan itu diumumkan oleh Syamsul menerusi satu video dikongsikan di Instagram.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment