13 August 2024
VIDEO LAFAZ CERAI - NORA ARIFFIN DAKWA SUAMI DIPAKSA, DIMINTA AMBIL VIDEO SEBAGAI BUKTI : "USTAZ TIDAK BERSAL4H, DIA HANYA MENGIKUT ARAHAN IAITU MELEPASKAN SAYA TANPA SEBAB..."
"Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu."
Itulah tulis penyanyi Nora Ariffin dalam satu hantaran dimana dia mendakwa lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli tanpa kerelaan dan hanya mengikut arahan yang diberikan serta diminta merakamkan lafaz cerai itu melalui video.
Semalam, perkongsian Nora telah meng£jutkan ramai pihak apabila suaminya yang merupakan seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM), menceraikannya dengan talak satu menerusi satu rakaman video.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut perceraian itu, sebaliknya Nora hanya meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku.
Sementara itu, ditanya siapa individu yang memaksa suaminya untuk berbuat demikian, Nora hanya mengunci mulut.
Klik untuk gambar besar
"Itu sahaja... Cukuplah," tulis penyanyi kelahiran Kelantan itu melalui WhatsApp.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Insta Story pula, Nora berkata, suaminya itu tidak bersal@h, sebaliknya hanya mengikut arahan yang diberikan untuk menceraikannya.
"Ustaz tidak bersal@h. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.
"Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku," tuturnya sambil menyertakan emoji tangan sedang berdoa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment